Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin yang dianjurkan secara tahunan (pernah secara dwitahunan) oleh Sistem Televisyen Malaysia di bawah Media Prima Berhad yang mengiktiraf pelakon lelaki yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam watak pembantu menerusi medium drama TV. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut. Penyertaan untuk kategori ini dinilai daripada drama-drama yang ditayangkan di saluran di bawah Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9), saluran di bawah Radio Televisyen Malaysia (TV1, TV2), saluran di bawah ASTRO (Ria, Prima, Oasis, Citra dan Mustika), TV AlHijrah serta HyppTV. Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) yang diberikan kepada pelakon wanita.